
"Alamilah Keajaiban
Bacaan Al-Qur'an Secara Menyeluruh"
Memperkenalkan, Syamil Al-Qur'an
The Miracle 15 Dalam 1

|
|
 |
1. Al-Qur'an Terjemah Per Kata |
 |
2. Penterjemahaan Bahagian Agama |
 |
3. Tajwid Menggunakan Sistem Quantum Reading
Qur'an |
 |
4. Panduan Hukum Tajwid |
 |
5. VCD Tutorial Sistem Quantum Reading Qur'an |
 |
6. Tafsir Al-Muyassar |
 |
7. Asbabunnuzul |
 |
8. Doa-doa dalam Al-Qur'an |
 |
9. Mukjizat Al-Qur'an |
 |
10. Indeks Al-Qur'an |
 |
11. Atlas Al-Qur'an |
 |
12. Kisah Para Nabi dalam Al-Qur'an |
 |
13. Zikir Al-Ma'surat |
 |
14. Intisari Ayat |
 |
15. Links to Related Articles |

|
Miliki
Syaamil Al-Quran the Miracles 15 DALAM 1 Sekarang
Dengan Hanya:
Sahaja
Jimat
RM50.00

KLIK diAtas Untuk Pembelian
Penghantaran Poslaju
PERCUMA
(Seluruh Malaysia) |
|
1. AL-QUR'AN
TERJEMAH PER KATA

Syamil Al-Qur'an
Terjemah Per Kata memparkan erti dalam bahasa
untuk setiap perkataan dalam Al-Qur'an yang
diletakkan betul-betul di bawah perkataan arab
tersebut. Ia berfungsi sebagai Al-Qur'an
tarbiyyah, membantu anda memahami maksud
ayat-ayat Al-Qur'an, membimbing anda untuk
belajar bahasa Al-Qur'an dan memudahkan anda
menguasai bahasa Al-Qur'an.
Kelebihan yang akan
anda prolehi ialah anda akan cepat memahami
erti-erti ayat demi ayat yang sedang dibaca
walaupun anda tidak membaca terjemahannya secara
langsung. Ini kerana di dalam Al-Qur'an terdapat
banyak perkataan yang berulang-ulang.
Selain itu, Al-Qur'an
per Kata dilengkapi dengan pewarnaan tajwid yang
memudahkan anda memahami ilmu tajwid melalui
warna-warna tersebut.
2. PENTERJEMAHAAN
JABATAN AGAMA
Terjemahan Al-Qur'an
ini adalah versi terbaru yang rasmi daripada
Jabatan Agama RI yang merupakan rujukan utama
penterjemahaan utama Al-Qur'an. Penterjemahan
ini dinilai secara teliti dan cermat oleh
Kumpulan Lajnah Pentashih Mushaf Al-Qur'an yang
dimulakan pada tahun 2004. Terjemahan ini
memberikan kemudahan bagi anda untuk memahami
maksud setiap ayat yang anda baca.
3. TAJWID
MENGGUNAKAN SISTEM QUANTUM READING QUR'AN
Metod pewarnaan
tajwid yang digunakan oleh Syamil Al-Qur'an
merupakan metod yang praktikal dan sistematik.
Hal ini kerana:
1. Menggunakan Khat Resam Uthmani, yang bagus
dan rapi, dan telah disesuaikan mengikut piawai
Jabatan Agama RI.
2. Pewarnaan tajwid hanya menggunakan 4 warna
iaitu biru, merah, hijau, dan hitam.
3. Setiap warna mempunyai fungsi yang berbeza
yang dapat membantu anda membaca ayat-ayat Al-Qur'an
secara tartil dan betul.
4. Dengan kesekataan warna tersebut, ia
memudahkan dalam pembacaan yang sesuai dengan
ilmu tajwid.
5. Pewarnaan tajwid tersebut menggunakan
prinsip-prinsip Quantum Learning.

4. PANDUAN HUKUM
TAJWID

Panduan hukum tajwid
ini diletakkan pada setiap halaman.
Tujuannya untuk mempermudahkan anda melihat
kembali aturan tajwid Quantum Reading Qur'an,
sehingga anda dapat membaca Al-Qur'an secara
tartil sesuai dengan contoh yang diamalkan
Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam.
5. VIDEO TUTORIAL
SISTEM QRQ

Quantum Reading
Qur'an (QRQ) merupakan sebuah metod pembelajaran
Al-Qur'an yang paling praktikal pada masa kini.
Metod ini sangat membantu dan memudahkan anda
dalam membaca Al-Qur'an dengan bacaan yang
tartil dan betul.
Di dalam VCD QRQ ini,
anda akan temui 3 hal utama iaitu:
1. Bagaimana caranya agar anda boleh mengamalkan
pembacaan mad dan ghunnah secara
konsisten.
2. Bagaimana caranya anda boleh fasih dalam
pengucapan huruf-huruf hijaiyah, sesuai
dengan makharijul khuruf.
3. Bagaimana caranya agar anda boleh menguasai
dan mampu melafazkan ayat-ayat gharibah (ayat-ayat
langka) secara baik dan betul.
6. TAFSIR AL-MUYASSAR

Tafsir Al-Muyassar
diterbitkan oleh Rabithah Alam Islami, dengan
karekteristik seperti berikut:
1. Menggunakan penafsiran bil ma'sur
dengan memilih riwayat yang sahih.
2. Memilih perkataan dan bahasa yang praktikal
serta mudah difahami.
3. Padat dan ringkas serta tidak ada pengulangan
bahasan.
4. Merujuk kepada qira'ah Hafs bin Asim.
5. Tanpa menampakkan perbezaan qira'ah
dan juga perbezaan struktur bahasa (I'rab).
6. Membiarkan kata-kata baku yang tidak dapat
diterjemahkan.
7. Menunjukkan kaitan kandungan ayat-ayat dengan
peraturan dan hukum keislaman.
7. ASBABBUNNUZUL

Penyusunan
Asbabunnuzul dalam setiap lembaran Mushaf
Uthmani ini mencakupi perkara-perkara berikut:
1. Disusun berdasarkan lembaran Mushaf Uthmani
dari salah satu ayat atau beberapa ayat yang
berkaitan.
2. Mengutamakan periwayatan yang lebih tepat,
dengan memperhatikan matan dari kandungan
riwayat-riwayat tersebut.
3. Sumber rujukan utama penyusunan asbabunnuzul
ini adalah kitab "Lubabunnuqul Fi
Asbabinnuzul" karya imam Jalaluddin As-Suyuthi
dan Kitab "Asbabunnuzul" Al-Wahidi.
4. Sumber-sumber lain ialah:
a. Kutubu tis'ah (Shahih Bukhari, Shahih
Muslim, Sunan Tirmidzi, Sunan Nasa'i, Sunan Abu
Daud, Sunan Ibnu Majah, Sunan Ahmad, Malik dan
Darami).
b. Jalaluddin Al-Mahalli dab Jalaluddin As-Suyuthi,
Tafsir Al Qur'anul Al'Adzim (tafsir
Jalalain) Darul Fikr, Beirut.
c. Tafsir Al Qur'anul Al'Adzim (tafsir
Ibnu Katsir).
d. Tafsir Al Maraghi (tafsir Ibnu Katsir).
e. Imam Qurthubi, Tafsir Al-Qurthubi
Darul kutub al Arabiyah, Kaherah.
f. Abu Ja'far Muhammad bin Jarir At-Thabari,
Tafsir At-Tahabari Mustafa Al-Halabi,
Kaherah.
g. Ibnu Hajar Al-Asqalani, Fathu Al Bari,
Mustafa Al-Halabi, Kaherah
h. An-Nawawi Al-Baghdadi, Syarah Muslim,
Al-Mishriyah, Kaherah.
8. DOA-DOA DALAM
AL-QUR'AN
Al-Qur'an adalah
kalam Allah sebagai pedoman bagi manusia. Di
dalamnya mengandungi doa-doa yang diajarkan
terus oleh Allah untuk kita.

The Miracle menandainya sehingga anda
mudah mengamalkan doa-doa tersebut dalam satu
kotak khas dilengkapi dengna judul doa, isi doa
dan maksudnya.
9. MUKJIZAT AL-QUR'AN

Bukti-bukti
kemukjizatan Al-Qur'an yang dijelaskan secara
sederhana sebagai kemudahan bagi anda untuk
memahami keagungan Al-Qur'an.
Penuh dengan penjelasan terperinci mengenai
ayat-ayat, ibadah, hukum-hukum, tanda-tanda
kebesaran Allah, tempat bersejarah, tokoh dan
ilmu pengetahuan yang didasari ayat-ayat Al-Qur'an.
10. INDEKS AL-QUR'AN

Indeks Al-Qur'an (Penterjemahan
Al-Qur'an) ini disusun berdasarkan:
1. Susunan indeks secara alfabetik menggunakan
metod penyusunan kamus bahasa.
2. Pencarian perkataan/kalimah berdasarkan pada
perkataan asal. Misalnya untuk mencari "mengajak",
rujuk "ajak".
11. ATLAS AL-QUR'AN

Atlas koleksi
tempat-tempat bersejarah yang disebutkan dalam
Al-Qur'an sebagai kemudahan bagi anda memperoleh
gambaran besar mengenai kebenaran Al-Qur'an.
Dijelaskan dengan perbandingan nama-nama daerah
tersebut pada masa kini dan di masa lampau.
12. KISAH PARA NABI
DALAM AL-QUR'AN
Kisah-kisah penuh
hikmah dalam Al-Qur'an dijelaskan secara
sederhana untuk kemudahan anda. Dimulai dari
perjalanan Nabi Adam Alaihi Salam
sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wassalam yang berdampingan dengan atlas
perjalanan mereka.
13. ZIKIR AL-MA'SURAT

Al-Ma'surat merupakan koleksi wirid yang terdiri
dari ayat-ayat pilihan dan lafaz-lafaz dari
hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam
yang biasa baginda amalkan dalam wiridnya.
Tuntutan doa dan
zikir yang baik tentulah seperti yang
dicontohkan Rasulullah, kerana itu zikir-zikir
dalam Al-Ma'surat ini sangat sesuai untuk
diamalkan oleh setiap muslim.
Anda akan memperoleh
manfaat dari aktiviti zikir dan doa Al-Ma'surat
ini antaranya bahawa dengan berzikir kita akan
selalu ingat dan berkomunikasi dengan Allah
serta sentiasa merasakan kewujudan-Nya. Hal ini
dikuatkan oleh firman Allah: "kerana itu,
ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula)
kepadamu." (QS Al-Baqarah: 152).
Al-Ma'surat ini pula
akan menjadi sahabat anda dalam mencapai nikmat
zikir, menghayati dan mengamalkannya dalam
kehidupan di dunia.
14. INTISARI AYAT

Intisari Ayat berisi
penekanan penting dari setiap halaman yang anda
baca.
Hal ini akan memberikan kemudahan bagi anda
untuk secara cepat mendapat gambaran mengenai
halaman yang sedang anda baca.
15. LINKS TO
RELATED ARTICLES
Petunjuk-petunjuk
untuk mempelajari lebih dalam tema pembahasan
pada halaman yang anda baca sebagai kemudahan
untuk anda memahami lebih dalam. Diisi dengan
kitab-kitab rujukan, halaman berkaitan, serta
alamat internet yang boleh anda gunakan untuk
memperolehi penjelasan yang lebih komprehensif.
|
Miliki
Syaamil Al-Quran the Miracles 15 DALAM 1 Sekarang
Dengan Hanya:
Sahaja
Jimat
RM50.00

KLIK diAtas Untuk Pembelian
Penghantaran Poslaju
PERCUMA
(Seluruh Malaysia) |
|
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi Kami:
|
Email: |
beliquran@yahoo.com
|
|
Telefon/Sms: |
013-5325623 |
|
Alamat: |
Pc04, Giant Hypermarket Senawang, 70450 Seremban,
Negeri Sembilan |
|

|